Wednesday, 7 December 2011

Nukilan Cinta



Kamek Sayang Kitak! 

Lontar suara dari dalam hati. Nyaring tetapi tiada seseorang pun dapat mendengarnya. Sudah lama dipendam. Ianya amat berat untuk diluahkan. Luahan hati si gadis buat insan yang dicintainya. Ya, hanya di dalam hati dan tidak mungkin akan didengari oleh si jejaka. Jiwanya menangis, merintih merindui, mencintai. Tiada siapa pun tahu mahupun mengerti. 

Tangisannya kian reda. Hanya ombak dan pantai sahaja yang menjadi pendengar setia tangisannya. Mutiara jernih yang jatuh ke pipi diusap. Pandangannya dilontarkan ke arah lautan yang terbentang luas. Rindunya pada lelaki itu. Rindu yang menggunung tingginya. Rindu yang telah tercipta membuahkan rasa cinta yang tidak bertepian.

Gadis itu tersenyum. Ada sesuatu yang bermain dibenaknya. Dia mula merangka bagaimana ingin meluahkan hasrat hatinya pada si jejaka. Soalnya, mampukah dia meluahkannya? Mampukah dia mengambil risiko itu? Senyumannya kian hilang. Perlahan dan perlahan. Gadis itu sedar akan kekurangan yang ada pada dirinya. Jika dilihat pada dirinya, dia tidak punya apa-apa pun kelebihan jika hendak dibandingkan dengan si jejaka. Berkarisma, tampan, segak dan bergaya. Itulah antara ciri-ciri yang ada pada si jejaka yang membuat dirinya tertambat.

Mata lelaki itu selalu diselindungi dengan sepasang cermin mata berjenama Ray-Ban. Mata. Mata lelaki itu mampu mengetarkan jiwanya dan kerana mata itu juga dia jatuh hati pada pandang pertama. Lelaki itu mempunyai daya tarikan yang tersendiri kerana ketampanannya dan juga sifat prihatinnya pada semua orang terserlah. Oleh itu, ramai gadis-gadis meminati dan cuba untuk mendampingi lelaki itu. 

Bagaimana pula dengan dirinya? Apa yang ada pada dirinya? Apa yang pasti dirinya langsung tidak mempunyai apa-apa tarikan. Pakaian rasminya hanyalah sepasang T-shirt baggy yang kemudiannya dikenakan dengan sweater dan berseluar jeans lusuh. Kakinya pula disarungkan dengan kasut berjenama Jazz Star berwarna ungu gelap yang sudah berkurun lamanya. Rambutnya pula diikat satu. 

Jika lelaki itu melihatnya keadaan dirinya yang sebegitu rupa pasti dirinya akan diketawakan. Bukannya lelaki itu tidak tahu seperti mana gaya dia berpakaian. Malahan, saban kali pakaian itu kerapkali digunakan. Dia bukan seperti tipikal gadis-gadis yang tahu hendak berdandan mahupun bergaya. Wajahnya bersih tanpa sebarang calitan solekan. Aarh! Mengapa aku yang jatuh cinta pada lelaki itu! Lelaki itu PLAYBOY MALAYSIA! Jerit hatinya.

SYED AZYL, AKU CINTA KAMU! Teriak hatinya lagi.

Gadis itu kemudiannya tunduk. Mengalih pandangannya dari lautan yang berada dihadapannya. Tidak mampu berhadapan dengan hinaan lelaki itu jika dia meluahkan perasaan yang tulus itu. Tapi aku harus kuat! Sampai bila aku harus terus memendam rasa. Untuk berapa lama? Setahun? Dua Tahun? Seribu tahun? Bisik hatinya. Dia malu pada dirinya kerana tidak mampu berhadapan depan dengan dugaan seperti ini.

Dia yang sedari tadi duduk di atas pokok tumbang yang terdampar di tepi pantai lantas bangun. Seluar jeansnya dilibas-libas untuk menghilangkan pasir-pasir pantai yang terkena pada seluarnya. Dia mula memusingkan badan ke kiri dan ke kanan untuk melonggarkan otot-otot badannya yang tegang kerana sudah berjam-jam dia berada di situ. Aku harus pergi dari sini. Sebentar lagi, malam akan melabuhkan tirainya. Desis hatinya lalu berlalu pergi.

Dalam keenakkan gadis itu berkhayal sehingga dia beransur pergi, dia tidak sedar bahawa dirinya sudah lama diperhatikan. Dari kejauhan, dia menatap wajah mulus gadis itu berlalu pergi. Cermin matanya ditanggalkan lalu disisip ke kolar baju. Mana mungkin dia layak mendekati gadis selembut dan sebaik itu. Kedua-dua tangannya diraupkan ke muka. Keluhan dilepaskan.

IMZA INIA. 

Nama gadis itu. Semanis orangnya. Yang menjadi persoalan hatinya, layakkah dia berdampingan dengan gadis itu? Gadis yang sopan. Walaupun gadis itu berpakaian sederhana tetapi cukup menarik. Bicaranya pula penuh tertib. Rambutnya yang diikatkan satu menarik perhatiannya seperti kanak-kanak tadika! Senyumnya dalam hati. 

Gadis itu dilihatnya sering bersendirian. Dalam diam dia mencintai gadis itu. Imza telah berjaya mencuri hati lelakinya. Senyuman Imza berjaya menggugat ketenteraman jiwanya. Kali ini jiwanya sudah tidak mampu untuk menahan rasa cinta yang sangat mendalam. Dia sering mengikuti ke mana saja hala tuju gadis cuma gadis itu tidak pernah mengetahui tindakannya. 

Dan untuk kesekian kalinya, jejak gadis itu diikuti lagi. Akan tetapi, dia tidak punya kekuatan untuk berhadapan dengan gadis itu. Jika dihadapan Imza. Dia cuba untuk beriak tenang. Cuba untuk menyembunyikan gelora cintanya, menyembunyikan segalanya. Kasihnya hanya satu dan ianya telah pun diserahkan sepenuhnya kepada Imza. Sayangnya gadis itu langsung tidak pernah mengetahui hasrat hatinya yang suci itu. Perasaan kasih dan sayangnya berjaya disembunyikan dari pengetahuan si gadis. 

Semakin hari, semakin mendalam rasa cinta dan sayangnya itu. Hanya tuhan yang tahu bertapa pedihnya dia terpaksa menyembunyikan perasaan cintanya dan terus berpura-pura di hadapan gadis itu. 

Imza, andai kau tahu. Hati ini sudah pun kau miliki. Suara hatinya berkata. Dia berlalu ke tempat Imza tadi. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya sewaktu Imza duduk di situ. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Dia berjalan ke hulu ke hilir di hadapan pokok tumpang tempat Imza duduk tadi. Kepalanya menjenguk-jenguk sekeliling kawasan. Tidak ada apa-apa yang menarik. 

Dia berhenti. Pandangannya teralih ke arah pokok itu lalu tunduk memejam mata. Dengan perlahan keluhan dilepaskan. Fikirnya tiada apa-apa kesan yang ditinggalkan gadis itu. Dia mengambil kekuatan untuk membuka matanya. 

Dia tersentak. Aah, mungkin ini hanyalah khayalan semata-mata. Matanya digosok-gosokkan. Pandangannya tertacap pada ukiran diatas pasir yang basah. Senyuman mula terukir di bibirnya.

Dia membaca dalam hati ayat-ayat yang diukir di atas pasir itu.Dia tidak menyangka gadis yang dilihatnya menguis-guis pasir rupanya sedang menulis sesuatu di atas pasir basah. Sungguh memeranjatkan. Hatinya mulai tersenyum girang. Dia mencangkung di hadapan ukiran pasir tersebut. Dia mula tersenyum sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sebelah matanya sepet dek senyumannya yang mempersonakan itu. 

Dia yakin dan pasti bahawa gadis itu suatu hari nanti akan menjadi miliknya. Rasa cinta kian bercambah. Dia berdiri sambil menghadap ke pantai. Senyuman masih tersungging di bibirnya. Fikirannya mula merencana sesuatu lantas cermin mata yang tersisip di kolar bajunya digunakan. Kali ini, keluhan kelegaan dilepaskan. Dia menyaksikan sang mentari yang mula terbenam. Indahnya ciptaan tuhan. Seindah IMZA INIA. Malam mula melabuh tirai, dia kemudiannya beredar dari situ dengan satu tekad. Dia harus bertemu dengan Imza dan cinta Imza Inia akan direbutnya.

* * * * *

Imza baru keluar dari bilik kuliah ketika jam menunjukkan pukul 2 petang. Perutnya pedih minta diisi kerana dia tidak menjamah sarapan pagi tadi bimbang terlewat masuk ke kelas. Khuatir dengan keadaan dirinya jika gastrik datang menyerang lantas dia mengorakkan langkah menuju ke cafe kolej. Dari jauh dia melihat, tidak ramai orang yang berada di cafe. Dia mengambil tempat. Nasi goreng kampung dengan air sirap limau menjadi makan tengah harinya hari ini. Dia memulakan suapan dengan doa. Kelibat seseorang di balik tiang memerhatinya yang sedang makan dengan penuh selera. Hatinya tersenyum.

Selesai makan, dia cuba membuka syllabus yang diajar oleh Miss Teoh tadi. Pembelajaran yang memenatkan. Macam mana aku nak fokus kalau dia sentiasa ada di depan mata aku bermesraan dengan orang lain. Dalam kelas pun nak buat drama. Arrgh! Sakitnya hati. Desisnya di dalam hati. Kepalanya pening memikirkan Syed Azyl. Aku tak layak cemburu pada Syed Azyl. Aku bukan siapa-siapa pada dirinya. Bisik hatinya.

" Imza Inia Binti Hazmi! " 

Imza yang baru sahaja hendak bangun kedengaran namanya di panggil seorang lelaki tiba-tiba tersentak. Dia mengangkat wajahnya. Mana ada orang di kolej ini tahu akan nama penuhnya. Matanya tertumpu pada seseorang yang amat dikenalinya. SYED AZYL! Dia menelan air liur. Mukanya merah. Perasaan takut menyelubungi hatinya.

" Saya nak jumpa awak. " Kata Syed Azyl itu lagi.

"Err..tapi kenapa nak jumpa dengan saya? Saya nak balik cepat. Ada banyak assignment nak kena siapkan" Imza menjawab dengan gugup sambil tunduk. Dia bergerak pantas melintasi lelaki itu. Badannya kedinginan sedangkan matahari kuat memancar. Tiba-tiba tangannya disambar dan membuatkan tubuhnya terdorong ke depan. Orang di sekeliling mula berbisik dan memerhati keadaan mereka yang agak rapat ketika itu.

"Sekejap je saya nak jumpa awak. Kalau awak tak nak ikut saya biarkan orang sekeliling tengok keadaan kita macam ni nak? Or awak memang suka dengan keadaan kita macam ni? " Syed Azyl cuba berkeras. 

Imza menunduk takut.

"Come follow me." Kata Syed Azyl lagi.Wajah lelaki itu kelihatan tegang. Tangan Imza ditarik kasar dan dibawanya menuju ke kereta Honda Civic nya . Pintu dibuka memudahkan Imza untuk masuk ke tempat duduk penumpang. Dalam hati Imza dia mendoakan keselamatannya.

Dia memakai cermin matanya dan kemudian memulakan pemanduan. Kereta dipandunya agak laju. Dia sengaja menunjukkan riak marah. 

"Err,..boleh slow sikit tak? Saya cepat mual kalau orang bawa kereta laju-laju" Ujar Imza yang memecah kesunyian dalam kereta. Kelajuan kereta diperlahankan. Dia tersengih mendengar suara Imza yang kedengaran takut-takut. 

Mereka berhenti di kawasan tanah lapang dan dihadapan mereka adalah pantai yang airnya jernih kebiru-biruan. Kenapa pulak dia bawa aku ke sini. Bisik hati Imza.

"Kita buat apa di sini. Sini takde orang. Saya nak balik." Imza mula berbicara. Dia cemas bila Syed Azyl memberhentikan keretanya dihadapan pantai itu. Dia takut untuk berdua-duaan dengan Syed Azyl. Syed Azyl bukan lelaki sembarangan. Dia mampu buat apa sahaja. Dalam hati Syed Azyl tersengih mendengarsuara Imza yang berbaur rengekan manja di telinganya.

" Awak boleh diam tak! Dari tadi asyik bercakap. Saya cium baru nak diam ke, hah?! " Tengking Syed Azyl. Cuba untuk menakut-nakutkan Imza. Imza menelan air liurnya. Dengan pantas dia menekup mulutnya sendiri. Bimbang dengan sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga.

Dia tersengih melihat gelagat Imza lantas keluar dari kereta. Pintu dibahagian Imza dibukanya.

"Jom keluar. I've got something to show and tell you." Ujarnya dengan perlahan. Tiada lagi tengkingan.

Tangan Imza ditarik supaya keluar dari kereta. Dia membawa Imza menuju ke pantai. Tangan Imza dilepaskan. Syed Azyl mengarahkan Imza duduk. Mereka duduk bersebelahan, agak rapat di atas pasir tanpa alas. Syed Azyl menanggalkan cermin matanya dan diletakkan di atas paha Imza. Imza tergamam seketika. Dia memandang Imza dari tepi matanya. Rambut Imza beralun-alun lembut ditiup angin pantai yang mendayu-dayu. Matanya dipejamkan. Keharuman rambut Imza mengetar jiwanya. Mereka lupa seketika tujuan mereka berada di sini. Keadaan begitu tenang. Hanya deruan ombak menghempas pantai sesekali memecah kesunyian. Imza leka seketika dengan keadaan tenang itu. 

"Nia...." Panggil Syed Azyl justeru memecah kesunyian di antara mereka. Imza tidak menoleh. Dia menelan air liur. Dia takut untuk menatap wajah Syed Azyl. Dia hanya memakukan diri. Pandangannya masih dihalakan ke hadapan pantai.

"How would you feel If you love someone but that person does not know how you feel to him?" Soal Syed Azyl yang kedengaran perlahan di telinganya seperti berbisik. Imza pantas menoleh ke arah Syed Azyl dengan penuh kehairanan. Riak Imza kelihatan blurr seketika.

Syed Azyl membuka matanya dan memandang Imza. Dia melihat kerutan pada dahi gadis itu. Diam merenung wajah mulus Imza lama. Imza mula keresahan. Syed Azyl menyeluk saku seluarnya. I-phone nya di keluarkan. Dia menyuakan I-phone nya kepada Imza.

"Hah? I don't understand??" Tanya Imza sambil keningnya terangkat pelik kerana lelaki itu menghulurkan I-phone. 

"Tengok gambar dalam ni" Balas Syed Azyl lagi. I-phone Syed Azyl dipegangnya. Imza mengambil I-phone milik lelaki itu.

Imza memandang imej yang tertera di I-phone itu. Dengan serta-merta matanya terbeliak memandang screen I-phone. Jelas sekali riak wajahnya tiba-tiba berubah. Dadanya terasa sesak sukar untuk bernafas. Pipinya kemerahan.

"Errr,..aa..Apa ni?' Soalnya lagi. Tangannya mengigil.

"Nia tak reti baca ke apa yang ada dalam phone tu? Nak saya tolong baca kan? Syed Azyl  bertanya secara sarkastik kepada Imza. Syed Azyl masih memandangnya tapi dengan pandangan sinis.

"Apa yang saya nampak. Dekat atas pasir tu tertulis. TOLONG AKU YA TUHAN! AKU CINTA SYED AZYL." Ujar Syed Azyl lagi kali ini senyuman penuh makna. Tiada senyuman sinis menghiasi bibirnya apabila melihat Imza yang kelihatan resah.

Ya, ayat yang ditulisnya di atas pantai semalam. Semalam dia ke pantai untuk memenangkan fikirannya. Dia terfikir untuk menulis sesuatu pada atas pasir yang basah unutuk meluahkan isi hatinya. Akan tetapi, persoalannya yang timbul dibenaknya bagaimana gambar itu boleh berada pada jejaka tampan disebelahnya itu. Persoalan dibiarkan tanpa jawapan. 

"Apa kaitan saya dengan gambar ni?" Soal Imza berani cuba menyembunyikan kegugupan. Matanya masih lagi tertacap pada screen I-phone milik Syed Azyl.

Syed Azyl duduk menegakkan badan. Pandangan dilontarkan ke lautan luas. Imza disebelah hanya mendengar keluhan berat yang dilepaskan Syed Azyl. Kedengaran sarat dengan masalah. 

"Ada orang bagi gambar ni" Balasnya perlahan.

Imza tersentak. Pandangan tertunak pada jejaka di sebelahnya. Cuba untuk berpura-pura tidak tahu apa-apa. Dalam pada itu, dia memikir-mikir siapa yang memberi gambar tersebut kepada Syed Azyl. Jadi, pasti ada orang yang mengikuti jejaknya semalam. Segala perbuatannya semalam pasti telah diekori oleh seseorang. Tapi, persoalannya siapa yang mengikutinya semalam justeru memberi gambar itu kepada Syed Azyl? Persoalan dibiarkan dengan angin lalu.

"Ohh, err..ye ke? Jadi, awak nak buat apa dengan gambar ni?" Imza bertanya sekali lagi dalam kegagapan cuba menutup kegugupan yang melanda hatinya. Dia masih memandang Syed Azyl, lama.

Suasana diam seketika. Hanya bunyi kicauan burung petang ditambah dengan deruan ombak yang memecah pantai. Sungguh nyaman sekali suasana pantai tika itu.

"Nia..saya nak cari siapakah orang yang tulis ayat ni kat pasir. Mesti dia cintakan saya sangat-sangat kan sampai saya pun tak tahu. Kesian dia kan terpaksa pendamkan perasaan sampai macam ni sekali. I really want to find this girl." Suara Syed Azyl penuh berharap. Syed Azyl membuka matanya pandangannya teralih ke Imza. Imza tersentak apabila Syed Azyl menoleh dan merenungnya sambil tersenyum. Senyuman yang sukar untuk ditafsirkan maknanya. Imza tunduk. Tangannya mengigil.

"Why are your hand shaking,hmm??" Ujar Syed Azyl bernada romantis sambil memegang kedua-dua tangan Imza. Imza memang seorang gadis yang pemalu. Syed Azyl tersenyum penuh makna. Imza bertambah gelisah melihat senyuman Syed Azyl.

"Ohh,. err.. Imza,. opss! Nia..Ouh, nothing..Nia tak biasa berdua-duaan macam ni. Lagipun kita berdua sahaja. Tak elok...awak. Tak manis orang tengok. Please send me back. Saya.. Saya ada banyak kerja nak kena siapkan ni. Assignment banyak kena siapkan. Dah la kena hantar jumaat ni pulak. Besides, I get worried if my mum starts looking for me because during this time I'm supposed to be at home. Err, can you please send me back home?" Dalih Imza yang tergagap-gapap. Syed Azyl tersenyum lagi. Entah untuk keberapa kali lagi. Imza tampak comel di matanya.

"Nia, Nia, Nia.." Pipi lembut Imza diusapnya. Bersih wajah itu, tanpa calitan sebarang solekan. Menarik! Bisik hati Syed Azyl. Imza mula menjarakkan diri. Syed Azyl ketawa kecil.

"Ni baru saya sentuh pipi awak. Belum lagi saya cium awak. Saya cakap sikit tapi awak dah cakap panjang lebar Nia. Nia, Nia, Nia,.. Awak nak saya ulang berapa kali lagi Nia? Like what I've said earlier, if you talk too much I'll kiss you right? Dah lupa? Ke, awak memang nak saya cium awak hah, Imza Inia?" Usik Syed Azyl sambil tersengih nakal. Senyuman yang menjengkelkan. 

Imza dengan pantas menarik tangannya dari dalam genggaman Syed Azyl lalu menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Imza mula mengelabah. Peluh mula memercik di dahinya. Ish! Laki ni tadi bukan main tanya aku. Bila aku cakap dia suruh aku diam pulak! Tempelak Imza dalam hati. Bagi Syed Azyl pula, dia suka melihat Imza mengelabah. 

"Haa, tahu pun takut. So, can you please shut your mouth for a while? I want both of us to enjoy the beautiful scenery of the beach just for a moment. Only for a moment Nia. Is that hard? Nia, Saya belum habis cakap lagi Nia dah cakap dulu. Macam LRT. Tapi LRT cepat jer. Nia pulak, tergagap-gagap. Macam LRT tak cukup elektrik nak bergerak! Kali ini, kalau Nia tak nak diam lagi saya tahu apa nak buat!" Bicara Syed Azyl panjang lebar. Dia tersenyum nakal membuatkan Imza dalam kegelisahan. Imza kemerah-merahan menahan malu.

Mereka diam seketika. Imza masih lagi menundukkan wajahnya. Syed Azyl pula melemparkan pandangan ke wajah Imza.

"No, worries Nia. I won't do anything towards you. You too perfect to be hurt." Bisik Syed Azyl romantis di telinga Imza. Dia terdiam lagi. Imza diam tidak berkutik. Syed Azyl mengalihkan pandangannya pada ombak-ombak yang memecah pantai. 

"Saya akan cari orang yang tulis ayat ni. Dia sembunyikan sesuatu dari saya. Dia mencintai saya tapi dia tak berani nak berterus terang. Susah sangat ke nak berterus terang dengan saya Nia. Saya bukannya makan orang pun." Syed Azyl meluahkan hasrat hatinya matanya masih memandang ombak yang memecah pantai.

"Nia nak tahu sesuatu tak?,..Sebenarnya... Saya cintakan seseorang. Saya sangat-sangat mencintainya." Syed Azyl terdiam. Dia menarik nafas dalam-dalam. Sukar untuk menyambung ayatnya. Sebaliknya dalam hati Imza pula membahang. Aahh, lelaki ini mencintai orang lain. Mungkin Anna. Desis hati Imza. Kerap kali dia melihat Syed Azyl bersama Anna. Gadis itu sungguh sempurna. Pandai bergaya. Jika dibandingkan dirinya yang tidak punya apa-apa.

"Saya cinta dia,...Nia." Syed Azyl menunduk. Imza Inia mengangkat wajahnya.

"Saya cinta dia sangat-sangat. Tiada sesiapa boleh menandingi dia Nia. Tiada sesiapa." Dia mengelengkan kepalanya. Imza melihat wajah Syed Azyl yang kelihatan keruh.

"Tapi,.. dia langsung tak tahu hati saya, Nia. Saya nak setiap masa dia ada bersama di sisi saya. Senyumannya pengubat rindu saya. Tapi dalam masa yang sama saya lukai hatinya yang suci itu. Dia langsung tak tahu soal ni. Saya tak sanggup berterus-terang Nia. Saya tak berani. Sakit Nia. Saya risau yang dia akan menolak cinta saya." Kedengaran suara Syed Azyl merintih. Kita dalam situasi yang sama Syed Azyl. Kata hatinya. Hatinya pedih mendengar luahan hati Syed Azyl. 

"Nia, say something...please??" Pandang Syed Azyl ke arahnya. Hisshh! Laki ni, tadi suruh aku diam. Sekarang suruh aku bercakap pulak. Bentak hatinya.

"Ok, you can talk now." Kata Syed Azyl lagi seolah-olah memahami apa yang ada di fikirannya. Imza menarik nafas dalam-dalam. Pandangannya beralih ke lautan.

"Awak..kalau awak cintakan seseorang, awak patut luahkannya. Jangan dipendamkan perasaan awak. Nanti awak sendiri yang merana dan makan hati. Cinta perlu diluahkan bukan untuk dipendam. Dia patut tahu apa yang ada dalam hati awak. Sekiranya dia menolak cinta awak, awak patut berasa lega kerana awak mampu untuk mengambil risiko nya. Walaupun pahit, sekurang-kurangnya dia tahu yang awak sayang kan dia. Mencintai seseorang tidak perlukan balasan. Memang sakit awak kalau kita mencintai seseorang dalam diam. Tapi itu lah hakikat yang kita harus terima. Mencintai tidak semestinya memiliki." bicara mulus Imza dengan panjang lebar. Syed Azyl memandang Imza dengan pandangan yang sukar dimengertikan.

"Nia, pasti awak berpengalaman dalam hal ni kan? Masakan awak boleh bercerita panjang lebar soal ni." Soal Syed Azyl menduga Imza. Imza tersentak.

"Err.. aa.. tak de laa.. Apa yang saya cakapkan adalah melalui perspektif saya. Bagi saya cinta perlukan pengorbanan. Saya sanggup lepaskan orang yang saya cinta untuk melihat dia bahagia." Balas Imza sedikit menggelabah. Syed Azyl mengeluh berat. Wajahnya ditundukkan.

"Bagaimana dengan awak Nia? Awak dah luahkan perasaan awak pada dia?" Soal Syed Azyl.

"Err.. luahkan apa?" Imza menggelabah lagi. Imza berpura-pura tidak mengerti maksud Syed Azyl tetapi di dalam jantungnya berdetak bagaikan terkeluar dari dadanya.

"Jangan pura-pura tak faham Nia. Awak dah luahkan perasaan cinta awak pada dia? Pasti dia sedang menunggu luahan hati dari Nia." Soal Syed Azyl lagi.

"Err....Saya nak luahkan kat siapa pulak. Saya tak cintakan siapa-siapa." Imza semakin menggelabah. Tangannya menggigil. Dia cuba menafikan rasa cinta yang membuak pedih dirasakan tapi hanya itu sahaja caranya untuk mengelak dari menjawab soalan Syed Azyl.

"Betul Nia awak tak cintakan sesiapa? Jujur pada saya Nia. I really hate liar!" Syed Azyl berkata sambil pandangannya tertunak ke mata Imza. Imza keresahan.

"Err..change the topic please. Saya tak selesa. Lagipun saya nak cintakan sesiapa." Imza masih berpura-pura. Syed Azyl memandangnya tajam.

"Betul Nia? Betul awak tak cintakan saya? It that right, Imza Inia?" Syed Azyl mengasaknya dengan soalan yang tak mampu untuk dia jawab.

"Haaa? Macam mana awak tahu, Maaf, maksud saya..Aa..apa...yang awak cakapkan ni." Bicara Imza tersasul. Aduh! Kenapa pulak aku salah cakap ni. Bisik hati Imza. Imza mengalihkan pandangannya. Syed Azyl memandangnya sambil tersengih.

"Nia, you just admit it! You love me, did you?" Kata Syed Azyl.

Suasana diam seketika. Imza hanya tunduk membisu. 

"Please tell me the truth Imza Inia. Talk to me! Anything you can share to me." Syed Azyl memujuk Imza Inia untuk bercerita. Mana mungkin Imza mahu untuk membuka mulut untuk bercerita tentang soal hatinya. Dia tidak mempunyai kekuatan itu. Syed Azyl, Maafkan saya kerana tak mampu untuk luahkannya. Bisik hati Imza bagaikan berbicara sendiri dengan jejaka itu. Dia hanya diam tidak berkutik. Takut untuk memandang Syed Azyl. 

Syed Azyl mengeluh. Riak kecewa jelas terpancar di wajah kacaknya. Kecewa kerana Imza tidak mahu untuk membuka mulut untuk bercerita.Tiada senyum terukir di bibir Syed Azyl. Dia memejamkan matanya. Mencari kekuatan untuk bercerita.

"Nia, you want to know something? You want to know why I bring you here? Why I never try to talk to you? You want to know everything Nia?? Syed Azyl bertanya cuba untuk menarik perhatian Imza. 

"Okay, I will tell you everything. Every single thing that I've done to you." Kata Syed Azyl lagi. Imza masih diam di tempatnya. 

"Dulu masa my mum hantar saya masuk kat kolej ni. I thought this college has nothing. Sama macam kolej-kolej lain. I prefer to go to Swinburne University of Technology at Australia that time. Almost 2 months saya merajuk dengan my mum. Tapi my dad berjaya pujuk saya, dia cakap mungkin bukan rezeki saya belajar kat sana. Dia cakap mungkin juga sesuatu yang lebih menarik menanti saya dekat sini. Lagipun, dengan keadaan kesihatan my mum sekarang mana mungkin saya sanggup tinggalkan dia. Saya lupakan hasrat untuk sambung belajar di sana. My mum gembira sangat dengan keputusan yang saya buat. Semua pasal pendaftaran kolej kat sini semua my mum yang uruskan.

One day, after class I met with someone. That time if I am not mistaken she was sitting in college cafe. She was alone. No one beside her. At that time, she was holding her phone and smiling. I wonder what makes she smile. My heart beats when I see her smile. She looks very cute. Saya rasa nak cubit pipi dia yang comel masa tu.

did not notice that actually she in the same course with me. So, I ask me friend that same course with me, her name. I got it and I was very happy. Since the day on, I tried to find out everything about her and now I know everything about her. Her full name, address, hobbies, her favorite. Just name it. I know every single details about her. You wanna know why I got interest on her? Because I already fall in love with her. And, She is....IMZA INIA BINTI HAZMI." Syed Azyl bercerita panjang lebar. Imza tersentak. Lantas menoleh ke arah Syed Azyl. Syed Azyl tersenyum memandangnya dengan rasa sayang yang tepu. Penuh di dadanya. Membuak-buak. Mukanya merah menahan malu.

"Yes, I do love you Nia! I don't know how I fall in love with you, and I don't even know why I fall in love with you. I've tried to forget you. Yes, I've tried to forget you but I can't because your face keep on playing in my mind Nia. I don't know what to do.You brought a life into me Nia. You totally make me crazy!" Ujar Syed Azyl tiba-tiba. Imza Tiada kata yang mampu terluah dari bibirnya. Hatinya di landa keraguan. Benarkah Syed Azyl mencintainya? Soalan dibiarkan di dalam hati. Syed Azyl memandang Imza sambil tersenyum bahagia.

Suasana sunyi dan sepi seketika. 

Imza tidak mampu untuk berkata apa-apa. Jiwanya bergelodak. Mengapa Syed Azyl tiba-tiba meluahkan perasaannya? Adakah lelaki itu hanya ingin menpermainkan dirinya sahaja? Dia tahu lelaki itu kaki perempuan. Tapi mengapa aku perlu jatuh dalam perangkap cinta lelaki itu! Dia mengeleng-gelengkankan kepalanya. Tidak! Tidak! Dia tidak akan meluahkan isi hatinya. Dia perlu menyembunyikan rasa hati ini. Dia tahu dia akan kecewa tetapi dia rela kecewa sekarang daripada kecewa kemudian hari. Wajahnya kelihatan keruh.

"Tolong hantar saya balik" Bicara Imza perlahan.

Syed Azyl memandangnya. Dia merengus. Ahh, payahnya meluahkan perasaan pada gadis itu. Gadis itu tidak pernah faham apa yang ada dalam hatinya.

"Nia, please! Believe me. Saya memang sayangkan Nia dari mula sem sampai sekarang. Dah nak habis study pun. Almost 3 years dah Nia. Tapi Nia tak tahu pun. Nia, saya tahu Nia sayangkan saya jugak kan?" rayu Syed Azyl. 

Hati Imza pedih. Matanya mula berkaca-kaca. Dia menarik nafas dalam-dalam. Cuba mencari kekuatan dalam dirinya.

"Mr. Syed Azyl! Please stop what ever you trying to say. Enough! Saya tak cintakan awak dan tak akan cintakan awak. Saya harap awak faham." Bentak Imza cuba mengelak dari mendengar rayuan lelaki itu. Jika dia tidak berkeras pasti dia akan cair dengan rayuan Syed Azyl. Lelaki kasanova! Mulai hari ini dia harus melupakan lelaki itu. Dia takut jiwa dirinya di permainkan oleh Syed Azyl. Cintanya tulus. Mana mungkin dia tega kecewa. Dia sanggup sakit sekarang dari sakit kemudian hari.

"Nia...." Syed Azyl merayu lagi. Mengapa Nia tiba-tiba berubah. Jika tadi Nia mengaku menyukai dirinya. Tapi sekarang mengapa Imza berubah? Imza saya tahu awak juga cintakan saya Nia. 

"Please Syed Azyl! Enough is enough! Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Kalau awak tak nak hanntar saya tak apa. Saya boleh balik sendiri." Tegas Imza. Dia cuba untuk menyembunyikan hakikat yang sebenarnya. Imza mula bangun dari duduknya untuk beredar dari tempat itu secepat mungkin. Semakin lama semakin pedih hatinya. Tangannya ditarik Syed Azyl.

"Nia, wait. I'll send you back home." Syed Azyl bernada lirih. Kekecewaan terserlah di wajah Syed Azyl. Mereka mula beredar dari kawasan itu ketika malam hendak melabuhkan tirai. 

Sepanjang perjalanan pulang. Masing-masing senyap. Jelas kekecewaan di wajah lelaki itu. Imza terpaksa menahan dirinya dari memandang lelaki di sebelahnya itu. Syed Azyl menghantar Imza betul-betul di hadapan rumah gadis itu. Imza segera keluar dari kereta tetapi tangannya pantas ditarik oleh lelaki itu. Imza merengus kasar.

" Nia, saya nak Nia tahu. Yang saya akan tetap cintakan Nia sampai bila-bila. Saya akan pastikan tiada sesiapa yang berhak dapat cinta Nia selain daripada saya." Syed Azyl memandangnya tajam.

"Dan saya nak ingatkan awak saya takkan cintakan awak. By the way, kawan saya panggil saya Imza. Bukannya Nia!" Imza bertegas.

"Saya peduli apa! Nia kan nama awak jugak." Syed Azyl berkeras. Imza pantas menarik tangannya. Dia keluar dari kereta lelaki itu. Pintu kereta lelaki itu ditutupnya kuat. Dia masuk ke dalam rumah dengan keadaan marah. Syed Azyl tersengih. Nia, jangan tipu diri awak lah Nia. Saya akan pastikan awak jadi milik saya Nia. Syed Azyl beredar dari situ sambil tersenyum. Dia mula merencanakan agenda yang seterusnya. 

Fuhh! Pergi pun dia. Aku mesti kuat. Dia mengintai pemergian lelaki itu di balik sliding door. Mesti ibu risau aku balik lewat hari ni. Semalam pun aku dah balik lewat.

" Ha, Imza! Kenapa terhendap-hendap kat pintu tu? Sergah ibu nya.

"Kus semangat. Ibu ni, buat Imza terkejut je. Nasib baik Imza tak de sakit jantung. Tak pasal-pasal kena heart attack pulak." Imza cuba menutup gelodak di hatinya.

"Apa yang anak ibu merepek ni. Ibu tak suka Imza cakap tau. Ha, Imza ni balik lambat kenapa? Semalam balik lambat jugak. Imza pergi mana. Tak call ibu pun cakap nak balik lambat risau ibu tau." Ujar Puan Aina risau.

"Ibu, maaf Imza buat ibu risau. Lain kali Imza akan call or sms ibu dulu sebelum nak pergi mana-mana." Rasa serba salah menyelubungi hatinya tika itu.

"Dah, naik atas pergi mandi. Solat. Kejap lagi nak masuk waktu maghrib."Perintah Puan Aina.

"Baik bu,." Jawab Imza. Pipi ibunya dicium perlahan sambil berlalu meninggalkan ibunya keseorangan di ruang tamu.

Puan Aina senyum bahagia melihat anaknya berlalu pergi. Walaupun setelah suaminya meninggal dunia 17 tahun yang lalu, Puan Aina tabah membesarkan anaknya seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Dia hanya bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah rendah berhampiran dengan rumahnya. Sekarang umur Imza sudah menginjak 23 tahun. Walaupun ramai yang mencuba nasib mencari penganti arwah suaminya tapi hatinya sudah tertutup rapat untuk mencari penganti kepada arwah suaminya itu. 

Imza satu-satunya anak yang pengikat kasihnya pada arwah suaminya itu. Kadang-kadang rindunya pada arwah suaminya menjengah di mindanya. Abang, anak kita dah besar. Kalau abang ada pasti keluarga kita lebih meriah sekarang. Bisik hatinya. Airmata wanitanya menitis perlahan. Dia mengusap mutiara jernih yang mengalir.

Aah, dia terleka sebentar. Dia berlalu dari ruang tamu untuk menunaikan tuntutan agama.

* * * * *
"Imza, baru balik?" Soal Puan Aina melihat muka anaknya yang kepenatan.
"Aah, bu.. Baru je balik ni. Penat. Ibu urutkan Imza boleh?" Pinta Imza manja. Matanya dilayukan sambil memandang ibunya.

Badannya terasa sangat lenguh kerana seharian dia berada di library untuk menyiapkan tugasan untuk pembentangan pada esok hari. Kebetulan pula, assignment melambak jadi dia terpaksa duduk di library untuk menyimpan semua tugasannya itu. Fikirannya merewang teringatkan kejadian di library petang tadi. Imza tersenyum kecil. 

"Nia, pandang saya kejap. Kejap je Nia." Pinta Syed Azyl yang duduk di hadapannya. Buku di tangan Imza ditariknya.

"Syed Azyl! What do you want from me huh?? Awak tak penat ke? Dah dekat 2 bulan awak asyik ganggu ke mana saja saya pergi? Please leave me alone! Imza mula bersuara keras tetapi kedengaran khuatir mereka yang berada di sekitarnya mendengar perbualannya dengan lelaki itu.

"I, emmm.. All I want is you my dear Imza Inia. Awak saja yang jual mahal dengan saya." Balas Syed Azyl berbisik. Dia hanya tersenyum memandang gelagat Imza. Imza mendengus.

"Huh, awak tak faham bahasa ke? Jangan ganggu saya." Tengking Imza tapi masih dengan nada yang diperlahankan. Syed Azyl tersengih. Nia, Nia..Awak nak marah saya tapi tak menjadi sebab awak nampak comel dan mengancam bila marah. Syed Ayzl hanya berbicara dalam hati. 

"Nia, saya memang tak faham bahasa Nia. Sebab, awak cuma ajar saya bahasa cinta dan rindu. Saya cuma faham bahasa tu sahaja Nia. Bahasa yang lain awak tak habis ajar lagi macam mana saya nak faham sayang..??" Bicara Syed Azyl romantis. Pap! Wajah Imza kemerah-merahan menahan malu. Mamat ni, aku sekeh karang ha! Suka tau menduga hati aku! Desisnya dalam hati.

"Okay, la Nia saya tak nak ganggu awak. Awak buat la kerja awak. Maaf sayang sebab menganggu. Saya cuma nak bagi kertas ni sahaja. Kalau Nia perlukan bantuan saya. Saya ada kat meja belakang." Syed Azyl tersenyum menghulurkan sekeping kertas pada Imza kemudain berlalu ke meja selang 3 dari belakang Imza. Imza membuka lipatan kertas itu dan membacanya.

If you read, you owe me a HUG.
If you throw this paper, you owe me a KISS.
If you save it, you owe me a DATE.
but
If you ignore it, you are MINE!
So,what would you do? :D

Imza hanya tersenyum. Wajahnya kemerah-merahan menahan malu. Macam-macam cara telah digunakan oleh Syed Azyl untuk menambat hatinya. Akan tetapi hatinya masih berdegil untuk menolak cinta yang dihulurkan Syed Azyl. Aah, lelaki itu pandai sahaja bermain dengan kata-kata. Kadang-kadang dia berfikir yang sememangnya lelaki itu jujur mencintainya, tetapi separuh dari jiwanya menolak. Dia bimbang kekecewaan akan melanda hatinya jika lelaki itu hanya mahu mempermainkan dirinya.

"Amboi, anak ibu ni. Tersengih semacam je kenapa?" Soal ibu mengejutkan Imza dari lamunan.

"Err,tak ada apa-apa bu." Bals Imza tersengih sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dah Imza pegi naik atas. Belum solat asar lagi kan? Lepas solat nanti turun bawah jangan asyik terperuk dalam bilik saja. Lagipun ada benda ibu nak bagi tahu dengan Imza" Perintah Puan Aina kepada anaknya.

"Baik bu." Balas Imza.

Imza lantas menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas. Dia harus segera menunaikan solat dan keluar untuk berjumpa ibunya. Waktu petangnya biasanya dihabiskan di dalam bilik untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya. Ibunya pula selalu sibuk dengan tugasan mengajar. Oleh itu, jarang sekali mereka berdua meluangkan masa minum petang di halaman rumah. 

Dia lantas menuju ke bilik air yang berada di dalalm biliknya untuk mengambil air sembahyang. Tidak kurang dari 10 minit Imza keluar dari bilik air bersama air sembahyang yang membaluti dirinya. Imza mengenakan telekung dan menghamparkan sejadahnya. Sudah tiba waktunya untuk dia sujud kepada Allah SWT.

Usai solat, Imza turun ke tingkat bawah. Dia ingin menghabiskan waktu petangnya bersama ibunya yang tersayang. Tiba di ruang tamu, Imza kehairanan. Dia mencari-cari ibunya tetapi kelibat ibunya tidak langsung tidak kelihatan. Aik! Mana ibu ni tadi suruh turun ke bawah. Mana pulak ibu ni pergi. Desis hati kecilnya.

"Ibu, Ibu kat mana?" Teriaknya sambil berjalan ke arah pintu utama. Ibunya dilihat sedang berehat-rehat di atas buaian. Dia tersenyum.

"Ibu,. Kenapa duduk sorang-sorang. Tak tunggu Imza pun" Katanya lagi sambil menghampiri ibunya. Lantas dia duduk di sisi ibunya sambil kepalanya direbahkan ke bahu ibunya. 

"Saja ibu nak ambil udara segar sekejap kat luar ni." Puan Aina bersuara perlahan. Dia gementar. Bagaimana dia hendak menyuarakan apa yang terbuku di dalam hatinya. Imza satu-satunya anak yang dia ada setelah pemergian arwah suaminya. 

Imza memandang ibunya pelik. Pasti ada yang menganggu fikiran ibunya tika itu. Fikirnya.

"Ibu, kalau ibu ada masalah ibu boleh cerita pada Imza kan? Imza tengok ibu macam ada masalah saja." Tanya Imza prihatin dengan keadaan ibunya.

"Imza, Ibu.." Puan Aina tidak jadi menyambung ayatnya. Dia khuatir anaknya itu akan berkecil hati.

"Imza, ibu nak minta maaf jika apa yang ibu katakan ini pasti membuatkan Imza risau atau berfikir bukan-bukan. Tetapi ibu dah berfikir masak-masak mengenai hal ini. Dan ibu pulak nak Imza fikir yang seelok-eloknya." sambung Puan Aina.

"Imza, 2 hari lepas ada orang nak datang meminang." Kata Puan Aina bersuara lirih. Imza tersenyum mekar. Imza tersenyum lega. Itu rupanya yang membuatkan ibu risau. Desis hatinya.

"Alhamdulillah. Tak lama lagi Imza dapat ayah baru." Imza tersenyum mesra sambil memeluk ibunya. Puan Aina tersenyum kelat.

"Imza, bukan orang yang nak meminang ibu. Tetapi pinangan tu untuk Imza." Balas Puan Aina. Dup! Dugaan apakah ini. Bisik hatinya. Rona wajahnya bertukar kemerah-merahkan.

Imza memandang ke arah ibunya manakala Puan Aina memandangnya dengan senyuman. Hanya dengan senyuman sahaja mampu menutup kegusaran dengan penolakkan Imza mengenai berita yang baru dia sampaikan itu. Jika dia ditempat anaknya itu pun pasti dia berasa terkejut. Puan Aina memandang anaknya yang masih diam tidak terkata selepas mendengar perkhabaran dari ibunya itu.

*Nantikan cerita selanjutnya. :)

7 comments:

Sharifah Iris Syed Iskandar said...

best lah!

Lyz Baharuddin said...

Thanks kasha. :)

alida said...

Gud job..cpt smbung lg..

strawberry.chocolate81 said...

owh!adikku dah mula post....ni ada sambungan x

NurAshila Abdullah said...

laahhhh...
sambungan nya??
best gler lh...
ada bakat jd penulis..

Lyz Baharuddin said...

Kak Lida : thanks manyak2!... :)
Kak Tie : adaa.. tunggu laaa... :)
Shilla : Ada.. tunggu..tgh cari idea menarik nak di sambungkan.. :)

Shafina Smail said...

i love it.......
xsabar nak tunggu sambungan nya.